‘Rahmatan lil  alamin’ menolak sebarang bentuk perkauman sempit

‘Rahmatan lil  alamin’ menolak sebarang bentuk perkauman sempit

Orang Melayu diseru harus berani menyatakan neratif Malaysia Baharu adalah meletakkan deklarasi ‘rahmatan lil alamin’ dalam menolak sebarang bentuk perkauman sempit di negara ini.

Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, orang Melayu tidak menjadi bangsa yang mengikut-ikut kerana takut menegur bangsa sendiri.

” Kita berani nyatakan tanpa rasa takut dan bimbang bahawa neratif Malaysia Baharu adalah neratif yang perlu kita pakai dengan meletakkan rahmatan lil alamin untuk menolak sebarang bentuk perkauman sempit.

“Walaupun datang daripada bangsa Melayu sendiri atau terpaksa ‘mengempur’ bangsa sendiri kerana sikap perkauman mereka yang boleh menjejaskan kewujudan dan keharmonian negara.

“Kita jangan menjadi golongan terikut-ikut kerana kita Melayu kita takut menegur bangsa sendiri kerana dibimbangan dikata mengkhianati bangsa sendiri.

” Saya menyatakan di sini biarlah kita sanggup mengkhianati bangsa sendiri kerana kesalahan yang dilakukan bangsa itu tetapi jangan kita sanggup mengkhianati rahmatanlillalamin,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Awan Nasional kali ke-3 di MITC Convention Centre di Melaka, hari ini.

Dr Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jika ada lagi orang Melayu yang bersifat perkauman sempit itu sebagai saki baki ‘golongan jahiliyah’ yang masih wujud di zaman ini.

“Jika masih ada lagi saki baki perkauman sempit itu saki baki jahiliah yang masih ada lagi hingga kini.

“Jangan sesekali jika kita bawa rahmatan lil alamin masih ada saki baki jahiliah lagi…mengapa kita tidak berani nyatakan deklarasi jelas rahmatan lil alamin yang memartabatkan dan menyanjung tinggi kedudukan manusia.

“Manusia itu adalah sama. Deklarasi ini harus kita bawa dan menyatakan kepada semua rakyat Malaysia yang mungkin terdedah kepada perkara merosakkan keharmonian negara,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai perhimpunan pada 8 Disember yang akan diadakan Pas dan Umno walaupun kerajaan telah menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD semalam.

“Perhimpunan 8 Disember…mereka mengunakan isu perkauman dan sensitiviti agama untuk menghimpunkan manusia atas nama ICERD, walau sudah dijawab oleh kerajan.

“Apa yang membimbangkan saya ‘ketaksuban’ betapa tebalnya penipuan yang mempunyai agenda untuk merosakkan orang Melayu, institusi raja melayu- ini yang harus kita betulkan…kita harus katakan pada mereka cukuplah ‘pembohongan’ kamu.

“AMANAH perlu galas tangungjawab besar tetapi kita harus selesaikan masalah perkauman sempit yang semakin melebar ini dengan hujah-hujah bernas kita,” ujarnya.

AMANAH parti masa depan

Ahli Parlimen Parit Buntar ini juga berkata, AMANAH yang ditubuhkan tiga tahun lalu kini diberi harapan besar oleh parti komponen dalam Pakatan Harapan untuk muncul sebagai sebuah parti masa depan.

“Jangan sekali-kali memperkecilkan Pakatan Harapan mereka telah memberi ruang besar untuk Parti AMANAH muncul sebagai sebuah parti masa depan.

“Kita perjuangkan Islam berasakan kepada Rahmatan lil alamin bukan sekadar ritorik dan perlu dibuktikan dalam konteks kepelbagaian masyarakat di negara ini.

” Kita harus jujur, terang dan tidak perlu sembunyi berkaitan rahmatan lil alamin yang menuntut parti AMANAH jika diberi kuasa bukan sahaja menjaga Islam tetapi turut memastikan akan menjaga kebebasan agama lain.

“Rahmatan lil alamin jangan dipandang ringan. Kita bukan parti yang hanya bernafas sementara tetapi parti yang bernafas sepanjang masa.Prinsip dan asas yang dipegang sebelum dan selepas perlu kekal sama dan terus diperjuangkan,” ujarnya dihadapan lebih kurang 400 perwakilan Awan seluruh negeri yang hadir pada konvensyen hari ini.

Konvensyen ini turut dihadiri Ketua Wanita AMANAH Nasional Dr Siti Mariah Mahmud, Penasihat Agama AMANAH Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi AMANAH Negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, Timbalan Ketua Awan Nasional Anfal Saari, dan Naib Ketua Awan 1 Norhayati Bachok.