Malaysia Dateline

Rahsia 43 tahun simpan duit terbongkar selepas jemaah haji disangka tidur rupanya mati dalam ihram

Rahsia 43 tahun seorang jemaah haji dari Pakistan simpan duit terbongkar selepas beliau yang disangka tidur rupanya telah meninggal dunia di dalam ihram.

Rahsia ini jemaah haji ini terbongkar susulan gambarny telah tular dikatakan sedang terbaring. Sebenarnya jemaah ini bukannya terbaring atau berehat tetapi beliau meninggal dunia di Tanah Haram di dalam Ihram.

Cerita jemaah haji Pakistan ini seperti dikongsi oleh Pertubuhan Kebajikan Prihatin Apiz Ayub sangat menarik dan boleh dijadikan tauladan.

Rahsia 43 tahun simpan duit terbongkar selepas jemaah haji disangka tidur rupanya mati dalam ihram
Jemaah haji

Untuk pengetahuan umum, beliau telah menyimpan duit untuk menunaikan haji selama 43 tahun!

43 tahun bukanlah satu masa yang pendek yaa.

Kalau kitalah pasti dah putus asa menunggu tetapi jemaah ini tidak pernah berputus asa menunggu selama 43 tahun untuk menunaikan Haji.

Apa yang menariknya beliau telah menjual tanahnya di Pakistan untuk menunaikan Haji!

Cerita ini terbongkar apabila jemaah ini tidak mempunyai duit yang cukup menunaikan Haji.

Beliau mempunyai tanah di tempat tinggalnya dan kemudian dijual kepada rakannya dan beliau berkerja mengusahakan tanah tersebut untuk menyimpan duit untuk haji beliau.

Walaupun masa sudah berlalu dan perjuangan selama 43 tahun dalam hidup beliau, jemaah bertuah ini akhirnya mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Haji.

Dan akhirnya setelah selesai menunaikan haji, beliau terbaring rehat dan rohnya pergi meninggalkan dunia untuk kembali kepada penciptaNya.

Alhamdulillah kematian yang di tunggu-tunggu ini adalah permintaannya sendiri yang iaitu mahu meninggal dunia di dalam Ihram.

Semoga Allah SWT meletakkan beliau setinggi tinggi darjat di dalam Syurga kelak.