Raih jualan tahunan lebih RM5 juta – Itu hasil dinikmati lebih 2,100 penjual tempatan

Oleh ARIF ATAN

Seramai lebih 2,100 penjual tempatan mencatatkan jualan tahunan lebih RM5 juta sejak menubuhkan kedai masing-masing di platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Dalam masa sama, lebih 145,000 penjual tempatan mencatatkan pertumbuhan jualan 25 peratus dalam tempoh Oktober 2021 hingga September 2022.

Hasil Kajian Shopee Super Awards Milestone 2022 itu memaklumkan pertumbuhan itu didorong tahap perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan kedai yang dioptimumkan.

Bahkan, lebih 1,700 penjual tempatan barangan tulen Buatan Malaysia merekodkan jualan RM1 juta sejak penyenaraian dalam pasaran dipacu platform ‘hiperlokal’ Shopee dan kempen e-dagang.

Kajian sama mendapati usahawan tempatan terbabit menyediakan barangan berkualiti yang memenuhi pilihan tempatan rakyat Malaysia dengan purata penarafan kedai 4.9 daripada 5 dan 98 peratus pesanan dihantar tepat pada masanya.

Shopee dalam satu kenyataan berkata, penjual jangka panjang di platformnya juga mendapati bahawa pengalaman pelanggan yang lancar membuahkan hasil untuk pertumbuhan yang mampan.

Platform e-dagang itu berkata, setakat September 2022, lebih 2,100 penjual tempatan membuat jualan lebih RM5 juta sejak penubuhan kedai mereka di Shopee berikutan keupayaan untuk mengekalkan pelanggan setia dan mengurangkan kos pemasaran.

“Sepanjang tahun lalu, penjual ini mengekalkan penilaian konsisten 4.9 (daripada 5), masa maklum balas sembang pantas selama 125 minit dan hampir 99 peratus pesanan mereka dihantar tepat pada masanya,” jelasnya.

Selain itu, Shopee memacu rangkuman ekonomi dengan menyepadukan dan meningkatkan kemahiran lebih 251,000 penjual tempatan yang mula menjual dalam talian tahun ini.

Baca juga ‘Bahagia makan makanan dari dapur kayu, sebelum ada saluran Youtube pun saya memang cari kayu masuk hutan’

Baca juga [VIDEO] Gadis ini terlalu pantas tekan kalkulator, netizen seloroh risau jari dia pula patah nanti