Malaysia Dateline

Raikan semangat kemenangan

Saya mewakili saf kepimpinan dan keluarga besar PKR serta Pakatan Harapan mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia, sama ada yang beragama Hindu, Sikh dan lain-lain kaum yang merayakannya.

Deepavali bukan sekadar pesta yang disambut dengan penuh kemeriahan, aneka juadah serta pakaian tradisi beraneka warna. Deepavali disambut bagi meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kemenangan kebaikan ke atas kejahatan serta kemenangan keadilan ke atas kezaliman. Semangat kemenangan ini harus diraikan dan dihayati.

Kini negara diselubungi kegelapan akibat ketidakadilan dan kezaliman yang berleluasa. Maka, sudah menjadi tanggungjawab kita menyuluh cahaya bagi melenyapkan kegelapan tersebut.

Ayuh bersatu tenaga, sehati dan sejiwa, bersama-sama kita menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Harapan kita untuk sebuah negara yang menjunjung tinggi nilai-nilai demokrasi, nilai kesaksamaan maruah manusia terutama sekali buat golongan minoriti diperjuangkan serta dipimpin oleh mereka yang adil lagi beramanah pasti akan menjadi kenyataan.

Cahaya pasti akan menerangi perjuangan kita demi membina Malaysia yang lebih baik, makmur dan sejahtera.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ialah Presiden Pakatan Harapadan dan Presiden PKR.