Malaysia Dateline

Rais ‘Ikon bodek sepanjang zaman’, dakwa pemimpin Umno

Umno menyifatkan Yang Dipertua Dewan Negara yang baru, Tan Sri Rais Yatim sebagai ‘Ikon bodek sepanjang zaman.’

“Bukan dulu, kini dan selamanya Umno atau Semangat 46 atau balik semula Umno atau Bersatu atau Perjuangan.

“Tetapi dulu, kini dan selamanya kaki bodek,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi ketika mengulas perlantikan Rais sebagai YDP atau Presiden Dewan Negara yang baru.

Sebab itu, kata Puad, zaman Mahathir dia menteri, zaman Pak Lah dia menteri, zaman Najib dia menteri, zaman Bersatu-Mahathir dia Presiden UIA dan zaman Bersatu-Muhyiddin dia Presiden Dewan Negara.

“Rais Yatim Hidup! Bukan Hidup Rais! Rais adalah “Ikon bodek sepanjang zaman”,” tulis Puad melalui .

Bekas Ketua Pengarah Jasa itu juga menyindir kenyataan Rais ketika meninggalkan Umno dahulu untuk menyertai Semangat 46 yang berkata beliau telah membakar jambatan dengan Umno.

Tetapi selepas itu, Rais menyertai Umno kembali.

“(Ini) kerana jambatan tidak terbakar bakar,” kata Puad.