Rais sertai Bersatu akan dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin

Rais sertai Bersatu akan dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin

Bekas menteri Tan Sri Dr Rais Yatim secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian seumur hidup kepada Rais dalam Majlis  Iftar Bersatu yang diadakan di Putrajaya malam ini.

Penyertai Rais dalam Bersatu bagi mengantikan tempat Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 10 Mac lalu.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Biro Keahlian Bersatu Akhramshah Muammar Ubaidah Sanusi yang menambah jawatan rasmi Rais  akan diumumkan oleh Presiden parti dalam waktu terdekat ini.

Majlis yang diadakan itu dihadiri 2,000 pimpinan kanan peringkat negeri, pemuda dan srikandi, barisan exco dan calon Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 14 yang lalu.

Turut hadir Menteri Besar Perak Mohd Faizal Azumu dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

Sebelum ini Rais disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno kerana beliau vokal menegur kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14.

Ini susulan pemecatan veteran Umno Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz secara terbuka yang menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan.

Rais dalam Umno memegang beberapa jawatan di peringkat persekutuan sebagai menteri kabinet dan bekas menteri besar Negeri Sembilan (1978-1982) sebelum menyertai Parti Semangat 46.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote