Rais tegur menteri pinggir Bahasa Kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan

Rais tegur menteri pinggir Bahasa Kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan

Tan Sri Rais Yatim hari ini mengingatkan agar menteri kabinet di bawah pemerintahan Pakatan Harapan tidak meminggirkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini.

Budayawan ini berkata, orang Melayu dan umat Islam harus mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Sekiranya kita tidak kaitkan bahasa Melayu dengan Bahasa Kebangsaan dengan memegang Perkara 153 maka sia-sia saja kita berada di sini.

“Ini bahasa kita Bahasa Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. Tidak akan ada seorang menteri misalnya yang mengenepikan dan membelakangkan bahasa kebangsaan kita.

” Tapi ia sudah berlaku.Dengan perlakuan yang wujud hari inilah merosakkan keharmonian kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih kurang 3,000 umat Islan dari seluruh negara yang hadir pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur hari ini.

Himpunan ini turut pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Selain itu, Dr Rais Yatim turut hadir bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dijadualkan akan memberi ucapan pada himpunan itu.

Perhimpunan tersebut bertemakan Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote