Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rais Yatim kekal Ketua Bersatu Bahagian Jelebu

Rais Yatim kekal Ketua Bersatu Bahagian Jelebu

MALAYSIA DATELINE Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 16, 2020 5:30 pm




Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Jelebu bagi sesi 2020.

Dalam pemilihan yang berlangsung semalam, bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu mengalahkan pencabarnya, Datuk Amran Sameon, yang merupakan ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri Datuk Zakaria Md Yusof memberitahu, keseluruhan perjalanan pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung semalam, berjalan lancar.

Selain Jelebu, tujuh bahagian lagi terdapat pada Bersatu Negeri Sembilan iaitu Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau.

Sesi pemilihan akan dijalankan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti Port Dickson serta Tampin.

Semalam, persidangan dan pemilihan bermula di peringkat cawangan dan akan berakhir pada 29 Mac depan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Pilah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production