Raja Bahrin dan Noryn Aziz sedang lalui proses  sulh di Mahkamah Syariah Terengganu

Raja Bahrin dan Noryn Aziz sedang lalui proses sulh di Mahkamah Syariah Terengganu

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan isterinya penyanyi Noryn Aziz sedang melalui proses Sulh  di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Dalam satu kenyataan petang ini, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang mengahwini Noryn sejak 2010 itu, mendedahkan tujuan sebenar mereka hadir ke mahkamah setelah dihidu pihak media.

“Berikutan pertanyaan dari pihak media mengenai status rumah tangga saya dengan Noryn Aziz, saya ingin membuat sedikit penjelasan.

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

“Walaupun pada asalnya saya tidak berhajat membuat apa-apa kenyataan mengenai isu ini, tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan berbagai spekulasi dan andaian, adalah lebih wajar kenyataan ini dikeluarkan.

“Bagi menjawap pertanyaan tentang kehadhiran kami di Mahkamah Syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkhawinan kami kepada Mahkamah Syariah.

“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke Mahkamah Syariah untuk sesi majlis sulh.

“Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya.

Saya berpendapat inilah jalan terbaik yang perlu di ambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin.

“Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat di capai dalam isu rumah tangga kami ini. Saya dengan rendah diri juga memohon semua pihak menghormati’privacy’ kami dalam masa kami menghadapi situasi serta suasana semasa kes kami berada di Mahkamah Syariah.Semoga satu penyelesaiaan secara terbaik bolih dicapai.

“Kepada mereka yang mengambil berat ehwal kami dan juga anak kami yang masih kecil, saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih dan penghargaan. InSyaAllah saya akan memaklumkan kepada pihak media akan apa apa perkembangan selanjutnya,” ujar kenyataan itu.

Raja Bahrin dan Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahayamata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia 4 tahun.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
5 user votes x 7.0
CATEGORIES
TAGS