Raja Muda Perlis rasmi ‘Perlis Week’

Raja Muda Perlis rasmi ‘Perlis Week’

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program Perlis Week di perusahaan ‘Foodmarket’ di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program kerjasama kerajaan negeri Perlis, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Husam Waksa Group of Companies itu bertujuan mempromosikan produk negeri Perlis selain persediaan awal bagi meneroka pasaran produk agromakanan negeri itu ke Arab Saudi.

Menerusi program yang bermula pada 12 hingga 16 Dis ini orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai produk makanan Perlis pada harga RM7 hingga RM20.

Antara yang ditawarkan adalah kordial Mangga Harum Manis, belacan madu Perlis, serunding ikan sejuk beku, acar rebung dan ketupat palas sejuk beku.

Perlis Week akan diadakan serentak di dua cawangan Foodmarket di Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini dan di Denai Alam, Shah Alam,

— BERNAMA