Malaysia Dateline

Raja Muda Selangor sampaikan sumbangan Aidilfitiri kepada 54 anak yatim di Melaka

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling di sini hari ini.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap penerima memperoleh RM300 dan kupon membeli pakaian hari raya di Pasaraya Hari-Hari bernilai RM100 setiap seorang.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumbangan RAYSS pada tahun ini memasuki tahun kelima dan memperuntukkan sebanyak RM16,200 berupa duit raya.

Katanya pihak YIDE memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta setiap tahun bagi menjayakan program tersebut.- BERNAMA