Malaysia Dateline

Raja Perlis terima menghadap Perdana Menteri

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Arau hari ini.

 Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sesi menghadap Raja Perlis itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov tahun lepas.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan 2020.

— BERNAMA

Baca juga : Jemput penunggang agama jadi penceramah, KPMSI terima kecaman