Malaysia Dateline

Raja Vajiralongkorn pecat 6 pegawai

Selepas menarik semula status peneman diraja ke atas Sineenat Wongvajirapakdi, Raja Thailand, Raja Vajiralongkorn telah memecat enam pegawainya yang didakwa melakukan “kejahatan yang sangat teruk’.

Mereka termasuk seorang wanita, seorang pegawai kanan polis dan dua pengawal diraja.

 Kesemua mereka dituduh “mengeksploitasi kedudukan rasmi mereka untuk memberi faedah kepada diri sendiri atau orang lain”.

Isnin lalu, beliau melucutkan semua pangkat dan gelaran ke atas Sineena selepas didakwa cuba mengangkat dirinya ‘sama dengan permaisuri’.

Leftenan Jeneral Polis, Biro Diraja, Salkolket Chantra didakwa antara enam individu yang dipecat.

“Mereka telah melanggar tuntutan disiplin atas tindakan jahat mereka dengan mengeksploitasi kedudukan rasmi mereka untuk keuntungan mereka sendiri atau orang lain.

“Mereka juga tidak mematuhi peraturan kerajaan, yang membawa kerosakan teruk kepada urusan kerajaan,” kata pengumuman dalam Royal Gazette.-AGENSI