Malaysia Dateline

‘Rajin baca ayat al-Quran masa berbahas’

Sekarang ini Parlimen sedang dalam perbahasan kepada pindaan Akta 355 (opps silap, sorry)… pindaan kepada Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus) 2019 (Covid-19) 2020.

Insya-Allah, saya akan ambil bahagian untuk berbahas walaupun la ni hanya akan diberi lima minit sahaja untuk berbahas.

Tadi ada YB parti ehem bahas dan, as usual, YB depa rajin baca ayat Al-Quran masa berbahas.

Baguslah. Cuma al-Quran ni, Nabi SAW ingatkan, boleh jadi “hujah untuk anda (hujjatan laka)” atau “hujah ke atas anda (hujjatun ‘alaika)”.

Apapun, implikasi kewangan kepada pindaan kepada Akta ini, RUU ini habaq melibatkan wang gomen (aka wang rakyat) RM 45 bilion.