Bila kita jaga hubungan dengan Allah, maka ada bantuan diberikan dalam diam buat semua.
Seorang pekerja di sebuah tempat letak kereta di Makassar, Indonesia tidak menyangka akan menerima kejutan terhebat dalam hidupnya.
Menurut Tribun Trends, seorang wanita menghadiahkan pakej menunaikan umrah kepada lelaki yang dikenali sebagai Tuba.
Sudah bekerja lebih 10 tahun, lelaki pertengahan usia itu dilihat terharu menerima hadiah daripada Indah Jumayanti.
Kisah tersebut dikongsikan pengguna Instagram tersebut di @hj.indahchristiandjalaluddin, sambil berkongsi kisah disebaliknya.
Jelasnya dia sudah mengenali lelaki tersebut lebih 10 tahun kerana sering berkunjung ke tempat berkenaan.
Apa yang menyebabkan dia terharu adalah kerana lelaki tersebut sanggup meninggalkan pekerjaan demi solat dan menghalalkan mereka yang tidak membayar parkir.
“Apa yang saya bangga adalah apabila masuk waktu solat, pakcik itu sanggup tinggalkan pekerjaan demi solat.
“Dia tak peduli jika ada kenderaan yang pergi tanpa bayar ketika dia sedang solat,” ujarnya dalam kapsyen di Instagram.
Indah turut mendoakan lelaki tersebut dipanjangkan umur dan sempat menjadi tetamu Allah.
Rata-rata netizen terharu melihat wanita itu tidak memandang rendah malah mengangkat darjat lelaki yang bekerja sebagai penjaga parkir dan mendoakan dia dimurahkan rezeki.
Baca juga: Uncle Choong nekad terjun longkang, selamatkan wanita hanyut dibawa arus deras