Rakaman video Mastura, elak tampil  bergaya bersolek, kata Fathul Bari

Rakaman video Mastura, elak tampil bergaya bersolek, kata Fathul Bari

Calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar Datin Mastura Abdul Yazid wajib menjaga edahnya sebagaimana dituntut dalam Islam walaupun beliau akan diberikan kemudahan berkempen menggunakan media baharu.

Datuk Dr Fathul Bari Mat JahayaCalon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar Datin Mastura Abdul Yazid wajib menjaga edahnya sebagaimana dituntut dalam Islam walaupun beliau akan diberikan kemudahan berkempen menggunakan media baharu.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, tempoh edah empat bulan 10 hari itu perlu dipatuhi tanpa ada sebarang kelonggaran dari segi hukum syarak bagi seorang balu.

” Tiada masalah dia (Mastura) dipermudahkan urusannya dengan menggunakan rakaman video di dalam rumahnya dan disebarkan di luar rumah pada masa berkempen.

“Cuma wanita dalam tempoh edah perlu jaga adab penampilannya ketika rakaman video dilakukan. Janganlah pula bersolek dan tampil mengenakan pakaian yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan salah tanggapan terhadap orang yang menonton video tersebut,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Fathul Bari diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dipetik berkata, BN akan memberi tumpuan kepada penggunaan media baharu seperti media sosial, ‘live streaming’ dan klip video dalam kempen kali ini untuk memudahkan kempen calon BN itu.

Fathul Bari  antara ulama yang mengeluarkan kenyataan awal di laman facebooknya kerana melihat pada hari Mastura diumumkan sebagai calon, sedangkan beliau masih dalam tempoh edahnya.

Sambung Fathul Bari lagi, walaupun ada pendapat dikalangan ahli parti yang bertembung dengan situasi politik semasa dan agama, satu pihak mengatakan ia dibolehkan (rakaman video) satu pihak pula kata tidak boleh.

“Bila dia (Mastura) mula keluar mereka akan tengok ini tidak kena…itu tidak kena, elok sangat dia telah buat keputusan  tidak mahu keluar berkempen.

“Sekiranya dia melanggar hukum syarak berhubung larangan keluar rumah ketika dalam edah, itu menjadi isu. Jadi dalam hal ini,  saya berpandangan bahawa isu edah calon BN ini bukanlah satu isu, kecuali ianya dengan sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu.

“Orang politik akan mainkan isu ini kerana cakap aje hal agama tapi ritorik kerana tujuan politik semata-mata.

“Bagi pandangan saya, Mastura perlu ambil langkah bijak dan berhati-hati sama ada dia tidak keluar rumah atau rakaman video dari dalam rumahya dilakukan, elak daripada tampil dengan bergaya dan bersolek. Dibimbangi isu bersolek pula ditimbul pihak tertentu,” terangnya.

Jelas Fathul Bari  lagi bagi sesiapa yang mahu menziarahi Mastura masa berkempen tiada masalah boleh bertandang ke rumahnya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

TAGS