Malaysia Dateline

Rakan sepermainan nak pindah, tindakan sahabat ini bagi jersi sambil berpelukan buat netizen sebak

Persahabatan yang terjalin lebih-lebih lagi pada usia kanak-kanak sememangnya satu memori indah apabila dikenang semula.

Sahabat yang baik sukar diganti dan dicari, malah banyak jenis sahabat yang kita ada, tetapi jarang ada sahabat sejati.

Biasanya sahabat sejati akan sentiasa bersama dengan kita, dan dia tidak berkira untuk memberi apa-apa barangan miliknya.

Macam kisah yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak memberikan hadiah jersi bola kepada sahabat sepermainan yang bakal berpindah ke tempat baharu.

Dia dilihat memegang beg plastik berwarna hitam sambil menunggu sahabatnya keluar daripada rumah, suasana malam juga seakan-akan menimbulkan ‘mood’ sedih kepada dua sahabat ini.

Setelah memberikan jersi bola itu, mereka berdua dilihat berpelukan sekali gus membuatkan netizen berasa sebak dengan tindakan sahabat baik ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan video berkenaan dan tidak kurang juga, ada netizen yang turut terkenang zaman kanak-kanak mereka.

“Saya paham perasaan itu sebab anak saya juga pemain bola,”

“Sedih.. teringat kawan-kawan bola dulu.. dulu pergi mana-mana berkepit je, sekarang semua fokus masa depan masing-masing.”

“Jangan lost contact sampai besar dik!,” kata netizen.

Kredit video: Instagram Yoy Network

Baca juga: Rupanya Fun Fair Puncak Alam tiada kebenaran operasi, banyak kali lesen ditolak

Baca juga: Akibat enggan turunkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik, lelaki ini mohon maaf kepada Malaysia