Rakan strategi Proton akan diketahui pada Rabu ini

Rakan strategi Proton akan diketahui pada Rabu ini

Keputusan pemilihan rakan kongsi strategik bagi Proton Holdings Bhd (Proton), hanya diketahui selepas Rabu ini (15 Feb), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata tarikh 15 Feb itu merupakan tarikh akhir bagi setiap syarikat asing yang berminat menjadi rakan kongsi strategik untuk menghantar cadangan mereka.

“Selepas tempoh itu, keputusan analisis akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat di Cheras di sini pada Ahad.

Menurutnya ketika ini bukan sahaja syarikat dari China yang berminat menjadi rakan kongsi strategik Proton, malah turut membabitkan syarikat pengeluar kereta dari Eropah.

Tiga nama pembida teratas adalah Geely Automobil dari China, PSA dari Perancis dan Renault SA.

TAGS