Rakyat berpesta rai Tun Mahathir sebagai PM

Rakyat berpesta rai Tun Mahathir sebagai PM

Suasana sekitar Jalan Duta berdekatan Istana Negara malam tadi gamat dengan kehadiran orang ramai meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Rakyat pelbagai kaum dan peringkat umur berkumpul dengan ada antaranya mengibarkan bendera PKR. Trafik juga sesak dan suasana meriah dihangatkan lagi dengan bunyian hon kenderaan.

Pelantikan Tun Mahathir, 92, sebagai Perdana Menteri mencatat sejarah apabila memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali.

Sejurus selesai istiadat tersebut yang disiarkan secara langsung, rakyat bertepuk tangan dan bersorak ‘Hidup Tun’.

Mereka juga beramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku dan patriotik selain melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Reformasi’.

Bahkan, pemberita di luar dewan istana turut berkongsikan detik bersejarah yang menyaksikan buat pertama kali gabungan pembangkang mendapat mandat mentadbir negara selepas 60 tahun Umno menjadi parti pemerintah.

Istiadat mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

Pemimpin Pakatan Harapan yang hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAN, Moha­mad Sabu merupakan pemimpin Pakatan Harapan yang hadir.

5.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 3.0