Ketika Lembah Klang sedang menangis berikuatan banjir yang melanda sehingga orang ramai terputus hubungan malah ada yang naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Faizal Azumu tampil melancarkan Skuad Sukarela Pasca Banjir.
Bagimanapun tindakan menteri berkenaan dipertikaikan kerana tidak mengerah tenaga untuk turun padang dengan segera memandangkan ketika ini mangsa banjir masih memerlukan bantuan.
Ketua Pemuda AMANAH Hasbi Muda mempersoalkan mengapa perlukan program pelancaran ketika rakyat sedang ditimpa bencana banjir.
“Pelancaran?
“Rakyat dah nak lemas. Kerahlah tenaga turun padang. Tak perlu majlis dah,” kata beliau.
Beliau berkata seorang menteri sepatutnya menunjukkan teladan di saat rakyat yang berada dalam situasi cemas.
“Tahniah YB Khalid Samad,” puji beliau berikutan bertindak pantas turun bertemu dan menghulur bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berpandangan sama dengan Pemuda AMANAH.
“Rasanya benda macam ini tak perlu buat signboard dan majlis pelancaran rasmi.
“Gerakkan dan bantu dengan segera saja,” kata Najib yang turut berkongsi gambar Faizal Azumu sedang berucap di depan signboard pelancaran skuad sukarelawan pasca banjir.
Menurut Faizal, pelancaran skuad ini bertujuan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
Pihak KBS juga memaklumkan sedia menyediakan fasiliti-fasiliti terdiri daripada kompleks belia dan sukan akan dijadikan pusat pemindahan sementara bagi meringankan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia.