Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat gelisah, menteri pula hilang dari radar, kata Anwar

Rakyat gelisah, menteri pula hilang dari radar, kata Anwar

oleh AKMAL MANAFMarch 18, 2020 7:57 pm




Dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 ketika ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, perancangan yang teliti perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri dan barisan jemaah menterinya perlu duduk bersama pada setiap hari bertujuan meneliti aspek-aspek yang perlu dilaksanakan.

“Mereka (kerajaan) harus faham kegelisahan di bawah (masyarakat). Menteri-menteri ini hilang dari radar. Siapa yang turun memahami masalah dan kegelisahan rakyat?

“Jadi sebab itu saya syorkan, jangan ulang masalah seperti mana satu kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia sepatutnya majlis tertinggi yang harus mengandungi tokoh-tokoh yang cukup berwibawa dan mempunyai kelayakan serta cukup memahami berkaitan masalah keselamatan akibat daripada Covid-19,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, beberapa perkara juga perlu dirungkai oleh pihak kerajaan ketika penularan wabak ini berlaku.

“Ramai penjaja, peniaga kecil, nelayan dan pekebun kecil yang kerjanya kais pagi, makan pagi. Kalau tidak ditentukan bantuan segera, mereka akan kelaparan dan ini juga kerana kita terpaksa, saya sokong kenyataan supaya hentikan peniagaan dan penjaja kecil.

“Ya, tetapi mereka itu bukan menteri dengan gaji besar. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat sederhana dan tidak ada simpanan untuk lebih satu atau dua hari. Ini juga memerlukan tindakan.

“Belum ada kenyatan sedemikian, belum ada suara tegas daripada Kementerian Kewangan. Jadi perkara ini saya harap dapat dirungkai dalam kadar yang segera,” katanya lagi.r

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production