Semua 4 parti PH guna logo PKR, umum Tun Dr Mahathir

Penyokong Pakatan Harapan mengibarkan bendera PKR, logo yang akan mereka gunkan dalam PRU 14 nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua calon dari empat parti komponennya akan menggunakan simbol PKR dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

“Saya umum bahawa semua 4 parti akan guna satu simbol – simbol parti Keadilan,” kata Tun Mahathir dalam Jelajah PH (JPH) di Pasir Gudang malam ini.

Menurutnya, semua parti sayangkan simbol masing-masing.

“Dap yang dah guna simbol mereka 60 tahun. Tapi kita akan guna satu simbol juga.

“Kita berhak utk bertanding sebagai citizen. Saya sangat gembira apa yang tidak pernah berlaku kita juga boleh laku kan,” kata Mahathir dalam ucapannya itu.

Kira-kira 10,000 menyertai himpunan malam ini di samping pilihan ribu juga mengikutnya secara Live melalui internet.

Ribuan rakyat Johor sedang menyertai Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Pasir Gudang malam ini.

Sebelum ini, DAP telah mengumumkan buat pertama kali sejak sekian lama logo ‘roket’ DAP tidak akan digunakan dalam pilihan raya umum kali ini.

Mereka akan menggunakan logo bersama yang akan diumumkan.

Sebelum ini, JPH di Kedah dan Perlis turut disertai puluhan ribu manusia secara terus di tapak perhimpunan dan juga melalui siaran secara live melalui Facebook.

Selain Tun Dr Mahathir turut  berucap malam ini adalah presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan lain-lain.

Perhimpunan malam ini akan menentukan berlaku atau tidak ‘Tsunami Melayu Johor’ yang menjadi tanda tanya banyak pihak.

JPH  malam ini diadakan buat pertama kali selepas parti Bersatu pimpinan Dr Mahathir dan Muhyiddin dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang dikritik sendiri oleh penasihat kebudayaan negara, Tan Sri Rais Yatim.

0.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 0.0