Rakyat Johor mahukan Salahuddin dilantik menteri besar

Rakyat Johor mahukan Salahuddin dilantik menteri besar

Setelah kehangatan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) sudah semakin reda, kini isu berkenaan siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di setiap negeri menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dalam hal itu, suatu tinjauan telah dilakukan untuk mendapat reaksi responden dari rakyat berkenaan calon yang terbaik untuk dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Johor.

Responden yang memberi maklum balas telah dipengaruhi dengan tiga nama (Salahuddin Ayub, Aminolhuda Hassan dan Datuk Osman Sapian) yang dihantar oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pagi tadi.

Daripada senarai tiga tokoh yang telah dihantar ke Istana lebih dari 60 peratus iaitu 86 responden di seluruh daerah negeri Johor telah menamakan Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub sebagai pilihan terbaik rakyat di Johor.

Kepimpinan dan Adun PH Johor yang meraikan kemenangan mereka menawan Johor pada Rabu.

Responden telah ditemui dengan cara bersua muka di pelbagai situasi, keadaan, jantina dan juga usia serta ia dilakukan dalam jangka masa sehari (11 Mei 2018) hari ini.

Tinjauan secara rambang ini mendapati rakyat Johor melihat Salahuddin antara tokoh yang paling agresif menyerang serta menegur Kerajaan Negeri Johor sebelum ini yang dipimpin parti Barisan Nasional (BN).

Selain itu Salahuddin juga adalah tokoh yang dilihat muka baharu dalam pentadbiran dan bersesuaian dengan kemahuan rakyat di negeri ini.

Dalam masa yang sama, sewaktu PRU13 yang lalu, Salahuddin dilihat individu yang telah mengorbankan kerusi selesanya di Kubang Kerian untuk balik ke Johor bertanding di Parlimen Pulai dan Dun Kota Iskandar (Nusajaya sebelum ini) namun kalah di kedua tempat tersebut.

7.1
OVERALL SCORE
: 10.0
19 user votes x 6.9
CATEGORIES
TAGS