Rakyat Kabong perlu tolak wakil rakyat “remote control”

Rakyat Kabong perlu tolak wakil rakyat “remote control”

Keluhan dan rintihan masyarakat Kabong akan terus dipandang sepi selagi mana wakil rakyat Barisan Nasional kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) itu.

Calon Amanah bagi Dun Kabong, Jini Sahini berkata, rakyat Kabong boleh menilai sendiri sama ada rungutan yang dikemukakan khususnya berkaitan masalah keperluan mereka sebelum ini diangkat atau tidak ke Dun Sarawak.

“Mereka (wakil rakyat BN) hanya menjadi ‘remote control’ kepada pemimpin BN dan tidak boleh bercakap. Mulut mereka dicucuk.

“Ibarat baju sudah koyak, kita kena tukar. Sebab itu saya perlukan mandat, supaya saya boleh mengangkat suara rakyat Kabong. Kita dari parti pembangkang ini bebas untuk bersuara dan tidak terikat kepada mana-mana pihak,” katanya kepada Malaysia Dateline malam tadi.

Terdahulu beliau turut menyampaikan ucapan dihadapan lebih 300 hadirin dalam satu ceramah di pekan Kabong, yang disifatkan sangat memberangsangkan.

Beliau turut membangkitkan masalah keperluan air bersih kepada penduduk yang tidak pernah selesai.

Turut berucap malam tadi adalah Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang menyentuh isu-isu nasional khususnya GST dan pembangunan yang ketinggalan di negeri itu.

Penduduk tempatan tekun mendengar ceramah disampaikan calon Amanah.

TAGS