Rakyat Kelantan dijemput ke program indahkan Pantai Kundor esok

Rakyat Kelantan dijemput ke program indahkan Pantai Kundor esok

Satu program gotong royong bagi mengindahkan Pantai Kundor akan diadakan pada Jumaat (esok),

“Pantai ini mempunyai potensi yang tinggi untuk memberi sumbangan kepada negeri melalui industri pelancongan.

“Namun kerana exco pelancongan yang tidak serius akhirnya Pantai Kundur yang indah dan mempunyai nilai sejarah yang penting itu diabaikan,” kata Ketua pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan yang bertindak menganjurkan program ini.

Beliau menjemput seluruh rakyat Kelantan turun bersama gotong royong perdana di pantai kundur dalam Dun Kijang itu.

Hazmi Hassan

“Program ini akan turut dihadiri oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Dato Husam Musa dan Pengerusi AMANAH Kelantan Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Kami memilih Pantai Kundur kerana pantai tersebut mempunyai nilai sejarah yang sangat lumayan,” katanya.

Menurutnya Pemuda AMANAH Kelantan bersama ARiF Kelantan dan Amanah Kawasan Pengkalan Chepa juga sedang membuat buaian yang diberi nama Buaian Cinta Amanah bagi memberi nilai tambah kepada pantai tersebut.

“Buain itu dijangka siap sebelum program gotong royong perdana dan akan diserahkan kepada penduduk disitu untuk dijadikan tempat bergambar dan dikenakan sedikit bayaran untuk kos menjaga pantai tersebut,” katanya.

Di situ katanya. terdapat kubu di mana ianya telah digunakan oleh British ketika Perang Dunia ke 2 ditinggal dalam keadaan yg daif tanpa pengurusan.

“Namun atas kesedaran NGO kubu itu dapat dipulihkan.

“Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada NGO Malaya Historical dan Kelab Pencinta Sejarah Malaysia kerana mencuci kubu tersebut,” katanya.

Beliau menyeru kepada yang ingin bersama dijemput hadir pada pagi Jumaat ini jam 9.00 pagi di Pantai Kundur.

“Tempat gotong royong ialah di belakang Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur,” katanya.

Kepada yang ingin menderma hubungi atau whatsapp ke nombor telefon 0199877623

6.5
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 7.0
CATEGORIES
TAGS