Malaysia Dateline

Rakyat Kelantan juara makan daging lembu tempatan

Sepanjang tempoh 2019, hampir 1,000 ekor lembu disembelih setiap bulan di Kelantan atau tidak kurang 30 ekor sehari.

Angka terus meningkat pada Mei dan Ogos yang masing-masing merupakan bulan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melaporkan 13,122 ekor lembu disembelih pada Hari Raya Puasa dan 2,122 ekor pada hari Raya Korban.

Berbeza negeri-negeri lain hanya merekodkan antara 10 hingga 26 ekor lembu ‘ditumbangkan’ sehari, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Kelantan mempunyai 85,375 ekor lembu atau 15.6 peratus daripada penternakan lembu pedaging negara bagi tahun 2019.

Dengan rekod itu, Kelantan menjadi negeri pengeluar lembu pedaging kedua tertinggi selepas Pahang yang mencatatkan 125,176 ekor atau 22 peratus daripada penternakan lembu pedaging negara.