Rakyat Malaysia bangga Manchester United kirim ucapan buat mangsa banjir dalam Bahasa Melayu

Oleh KIM SYAZIE

Hantaran Facebook Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United mencuri tumpuan pengguna media sosial selepas ia menitipkan ucapan buat mangsa banjir di negara ini.

Tidak sangka perkembangan terkini Malaysia dengan sembilan negeri dilaporkan terjejas akibat banjir, mendapat perhatian kelab gergasi itu.

Lebih menarik, kelab berkenaan menggunakan bahasa Melayu pada hantaran di Facebook sekaligus mendapat ribuan tanda suka dari rakyat Malaysia.

“Kepada rakyat Malaysia, jaga diri pada musim hujan ini.

“Kami sentiasa di belakang anda rakyat Malaysia. Kepada mangsa banjir yang terjejas, semoga dapat mengatasi cabaran ini dengan baik dan selamat,” tulis kelab itu.

Hantaran itu sehingga kini meraih hampir 10k tanda suka dengan ratusan komen ditinggalkan.

Mereka rata-rata mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan selain menganggap pentadbir halaman Facebook berkenaan cakna dengan isu semasa berlaku di Malaysia.

Antaranya pemuda yang bernama Ahmad Mujahid yang menulis “terima kasih pasukan hebat Manchester United! Keperihatinan anda kami hargai”.

“Walaupun aku bukan penyokong Man U, aku tabik ke admin ni. Terima kasih admin,” komen pula Abdul Rahman.

Mereka juga berseloroh mengatakan kemungkinan pentadbir halaman kelab itu berasal dari negeri di Pantai Timur.

“Terbaik adming dari Kuala Berang, Terengganu,” ujar Harith.

“Terima kasih admin Manchester United cabang Malaysia,” seloroh laman FB All about Chelsea.

Untuk rekod laman Facebook rasmi MU ketika ini mempunyai 84 juta pengikut dan 75 juta tanda suka.

Baca juga: “Aku kerja sebab suami susah nak hulur duit, sekali mak mentua, biras perli bila aku cari ‘side income’…”