Malaysia Dateline

Rakyat Malaysia ditipu, hampir seminggu Ordinan Darurat dibatalkan

Selepas diasak bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang di persidangan dewan pagi ini, akhirnya Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada 21 Julai 2021.

Ahli Parlimen Johor Bharu Akmal Nasir berkata, Ordinan Darurat yang dibatalkan hampir seminggu bagaimanapun langsung tidak ada pengumuman dibuat oleh kerajaan.

“Kita semua telah tertipu.

“Dah seminggu tapi tiada pengumuman tiada berita.

“Perikatan Nasional nak tipu siapa?

“Apa yang kerajaan cuba sembunyikan?” kata beliau di hantara Facebook sebentar tadi.

Terkini di dalam sidang dewan hari ini, Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan yang mengejutkan iaitu kerajaan telah membatalkan perintah darurat.