Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat Malaysia hadapi hukuman mati di Singapura kemuka rayuan

Rakyat Malaysia hadapi hukuman mati di Singapura kemuka rayuan

BernamaFebruary 13, 2020 1:09 pm




Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, yang menolak permohonan beliau untuk mencabar proses pengampunan.

“Pannir akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Jadi, perkara ini masih belum berakhir. Kita ada masa sebulan untuk mengemukakan notis rayuan,” kata peguambelas Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama hari ini.

Permohonan untuk mencabar keputusan mahkamah itu dibuat dalam kamar oleh Hakim See Kee Oon pada 11 Feb dan keputusan mengenainya pada keesokkan harinya.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 23 Mei, 2019 membenarkan permohonan Pannir untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.

 Pannir, 32, yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada 24 Mei, membuat permohonan penangguhan selepas permohonan pengampunannya ditolak.

Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampunan itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei, 2019, tetapi surat yang memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai hukuman mati itu, dihantar pada 16 Mei, 2019.

Pannir disabitkan kesalahan pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production