Rakyat Malaysia mengundi  hari ini

Rakyat Malaysia mengundi hari ini

Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dipertandingkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan daripada 590 calon kerusi Parlimen, 197 adalah daripada BN; 185 (PKR); 150 (Pas); 20 (Bebas); sembilan (DAP); enam (Parti Rakyat Malaysia-PRM); lima (Parti Bersama Malaysia-MU); empat (Parti Sosialis Malaysia-PSM) dan tiga (Parti Reformasi Negeri Sarawak-STAR).

Penang Front Party (PFP) dan Peace Party Sarawak, masing-masing dua kerusi Parlimen manakala Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa); Parti Cinta Malaysia (PCM); Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBBSD); Parti Alternatif Rakyat (PAP), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (HR), masing-masing satu kerusi.

Daripada 1,394 julah keseluruhan calon Dun, seramai 445 calon kerusi Dun adalah daripada BN, 440 (PKR), 375 (Pas), 46 (Bebas), 33 (PRM), 20 (MU), 12 (PSM), 11 (PFP), sembilan (PAP), dua (Berjasa) dan satu (PCM).

Daripada jumlah calon yang bertanding di kerusi Parlimen, seramai 530 adalah calon lelaki dan 60 calon wanita, manakala kerusi Dun melibatkan 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita.

Calon tertua bertanding dalam PRU kali ini berumur 92 tahun bagi kerusi Parlimen dan 78 tahun bagi kerusi Dun, manakala calon termuda di kerusi Parlimen berumur 22 tahun, dan kerusi Dunpula 23 tahun.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini, mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang pagi tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathr Mohamad hari ini mengundi  di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar pada pukul 10.55 pagi tadi. Beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi.

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuang undi di Parlimen Muar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar jam 8.30 pagi tadi

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  pertahankan kerusinya di Parlimen Pagoh dan  turut bertanding di Dun Gambir. Beliau  tidak membuang undi di kawasan Parlimen Pagoh berikutan daftar pemilih beralamat di Muar.

 

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Suriyani Shuib tiba di SK Bubul,Semporna hari ini.

Beliau hadir bersama isterinya Datin Seri Suriyani Shuib untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bubul di Semporna pada jam 920 pagi ini.

Mohd Shafie bertanding bagi kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Senallang.

Pada PRU14 Warisan akan bertanding 16 kerusi Parlimen dan 42 Dun di Sabah.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gatepada kira-kira jam 8.20 pagi ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, ke pusat berkenaan bagi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU14.

Mohamed Azmin adalah penyandang Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Antarabangsa.

Pada PRU kali ini, beliau dicabar empat calon iaitu Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS), Ahmad Kamaruddin (PRM) dan adiknya sendiri, Azwan Ali (Bebas).

Sebelum itu, Azwan hadir lebih awal pada kira-kira jam 7.30 pagi, bagi tujuan sama.

Pengerusi AMANAH Negeri Selangor Ir Izham Hashim yang bertanding di kerusi Dun Pandan Indah hari ini mengundi di Dewan Cempaka Pandan Indah. Beliau hadir bersama isterinya Che Norihan Che Yob.  AMANAH di Selangor bertanding 4 kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun,

berita menyusul lagi..

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS