Rakyat Malaysia rindukan resipinya, apa dah jadi dengan Sugu Pavithra?

Oleh NASUHA RAHMAN

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), S. Pavithra pernah mengecap status selebriti media sosial sebelum tiba-tiba menghilang.

Wanita yang berasal dari Ipoh itu, pernah memuat naik video terakhir adalah pada satu tahun yang lalu.

Sebelum itu, saluran YouTube Sugu Pavithra yang dulunya terkenal dengan video masakan kini menjadi persoalan netizen mengenai keberadaan beliau.

Kini persoalan di manakah beliau menjadi buah mulut netizen yang merindui kandungan-kandungan masakan daripada beliau.

Sebahagian netizen percaya bahawa kejayaan yang dikecapi oleh beliau sebenarnya diganggu oleh suaminya yang sebelum ini terpalit kontroversi selepas ditahan polis.

Sebahagian netizen pula merasakan bahawa Sugu tidak mempunyai perancangan yang jelas selepas mendadak popular secara tiba-tiba.

Sebahagian lagi merasakan bahawa media terlalu memberi tumpuan kepada ceritanya.

Untuk rekod, selepas popular, keluarga ini pernah terpalit dengan kontroversi selepas suaminya M. Sugu didakwa memukul isterinya Pavithra.

Pergaduhan dilaporkan terjadi disebabkan suaminya yang berang kerana namanya tidak disebut semasa Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Selepas kontroversi tersebut, keluarga kecil ini memilih untuk menjauhkan diri daripada saluran tersebut.

Mereka bertindak memadam semua video dan memilih untuk menjadi keluarga biasa kerana kurang selesa dengan terlalu banyaknya tumpuan yang diberikan kepada mereka.

Baca juga: Masjid 99 kubah lambang nama Asmaul Husna