Thailand hari ini perkenal undang-undang baru kepada rakyat Malaysia yang mempunyai niat nak masuk ke dalam negara mereka.
Berkuatkuasa pada 28 april ini, rakyat Malaysia perlu mohon TDAC, iaitu permohonan Kad Ketibaan Digital Thailand, iaitu tiga hari sebelum perjalanan, bagi ketibaan bermula 1 Mei.
Apa itu TDAC? Ianya merupakan pengganti kepada borang kertas TM6 yang sebelum ini diwajibkan kepada semua pelancong asing yang memasuki negara Thailand.
Permohonan kad ketibaaan digital yang baharu ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi TDAC.
Memetik dari laporan portal Mstar, Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand, Anukool Pruksanusak berkata penggunaan borang TM6 telah ditamatkan sejak tahun lalu.
“Pelancong perlu mengisi maklumat peribadi, butiran pasport, jadual perjalanan, penginapan dan status kesihatan. Selepas itu, mereka akan menerima e-mel pengesahan yang perlu dikemukakan bersama dokumen perjalanan semasa ketibaan di Thailand,” katanya seperti dipetik Mstar.

Tujuan diperkenalkan TDAC adalah demi untuk tingkatkankemudahan serta mematuhi piawaian antarabangsa dan lebih cekap.

Ramai yang menganggap TDAC adalah sama dengan Visa. Berbeza dengan Visa, TDAC merupakan borang kemasukan digital yang diperlukan bagi semua laluan masuk ke negara Thailand, sama ada melalui darat, laut atau udara.
Rakyat Malaysia yang berhajat nak melancong ke Thailand atau atas apa urusan sekalipun selepas ini perlu mohon TDAC ini.
baca: Rakyat Malaysia diumum penyumbang terbesar ekonomi pelancongan Thailand