Kalau di Malaysia, tidak senyum ini boleh dilabel sombong namun di Russia ia adalah perkara biasa.
Jika ada senyum kepada orang yang anda tidak kenal, kemungkinan anda untuk buat mereka yang lain tidak selesa adalah tinggi.
Jadi janganlah terkejut jika senyuman anda tidak dibalas ketika sedang melancong di Russia nanti.
Orang Russia juga akan menganggap anda kurang empati ataupun pelik jika disuruh senyum ketika mereka sedang dilanda masalah.
Malah di pekerja di kaunter kerajaan Russia juga tidak tersenyum kerana terlalu fokus dan beri komitmen sepenuhnya kepada kerja mereka.
Anda juga akan dianggap tidak menghormati guru jika senyum masa belajar.
Budaya senyum yang tidak meluas di negara itu menyebabkan rakyatnya terkejut apabila McDonald membuka cawangan kerana staf yang sentiasa tersenyum kepada mereka.
Kalau senyuman tidak dibalas, janganlah terasa kerana budaya mereka dari dulu lagi diajar untuk tidak senyum.
Baca juga: Tak sangka Mydin dulu bermula hanya jual papan, ini sejarahnya yang buat kita terkejut besar