Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat Palestin, Jordan bantah pelan damai AS

Rakyat Palestin, Jordan bantah pelan damai AS

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 29, 2020 8:24 pm




Puluhan ribu rakyat Palestin dan Jordan berhimpun petang Selasa bagi menunjukkan bantahan terhadap pengumuman pelan damai Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai “perjanjian abad ini”.

Peserta protes di Gaza, Ramallah dan Amman mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan bantahan terhadap rancangan AS yang ditolak secara meluas oleh keseluruhan rakyat Palestin itu, lapor Anadolu Agency.

Di Gaza, peserta protes melahirkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Israel, AS dan gambar Presiden Donald Trump. Mereka juga membakar tayar di jalan raya bagi menunjukkan bahawa mereka menolak apa yang AS namakan sebagai rancangan damai itu.

Di Tebing Barat, beberapa bantahan meletus di beberapa daerah, kebanyakannya di bandar Ramallah, Qalqilya dan Al-Khalil terhadap rancangan Trump itu.

Manakala di Jordan, beratus rakyat Jordan berhimpun bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin di depan kedutaan AS biarpun dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

Mereka yang berhimpun melaungkan kemarahan terhadap rancangan AS itu dan menuduh Washington menyokong “keganasan Israel” terhadap rakyat Palestin.

Ramai aktivis undang-undang daripada pergerakan Islam di Jordan dilihat menyertai perhimpunan tersebut.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production