Rakyat perlu cemburui  kemasukan warga asing, saran Dr Mahathir

Rakyat perlu cemburui kemasukan warga asing, saran Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya ini sudah boleh menerima hidup secara harmoni selepas tragedi 13 Mei 1969.

Keharmonian yang dipupuk selama 48 tahun itu lebih baik daripada beberapa negara di Timur Tengah- hanya kerana perbezaan perbezaan pendapat mereka berperang sesama sendiri.

“Di Malaysia kita hidup rukun dan damai. Kita tidak berasa takut. Kita boleh menerima hakikat sebuah negara berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya selepas 1969.

“Lain pula jika orang asing masuk dalam negara kita- sebab itu kita ada dasar Imigresen sejak merdeka kita tidak membenarkan orang lain masuk ke negara kita walaupun ramai yang berminat.

“Jika mereka datang disini untuk bekerja tetapi tidak tinggal secara kekal di dalam negara kita.

” Kita cemburu keadaan dalam negara kita, sama sahaja dengan negara lain.

“Negara ini milik kita orang Malaysia. Kita cemburu keadaan dalam negara kita, sama sahaja dengan negara lain,” ujarnya dalam siri ceramah umum Pakatan Pembangkang di Tasik Gelugor Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan itu juga diamalkan oleh beberapa negara dunia yang mana tidak membenarkan warga asing menetap di negara mereka.

Beliau memberikan contoh beberapa negara dunia yang menghadkan kemasukan warga asing seperti Presiden Donald Trump baru-baru ini menyekat kemasukan warga Mexico ke Amerika Syarikat.

Bagaimana negara Eropah seperti Hungary telah menangkap pelarian Syria yang mencari perlindungan kerana peperangan tetapi Hungary telah menangkap dan memenjarakan pelarian Syria.

Perancis dan Jerman tidak suka kemasukan warga asing.

“Dua tiga hari lalu Perdana Menteri Australia juga memperketatkan penghijrahan negara lain ke Australia.

“Australia besar tetapi penduduk sama dengan Malaysia, tanahnya kaya dengan bijih timah, bijih besi dan sebagainya tetapi orang Australia tidak membenarkan orang asing masuk ke negara mereka.

“Mereka semua mencemburui negara mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya rakyat negara ini tidak bersetuju dengan kemasukan warga asing ia bukan satu perkara luar biasa sebaliknya sudah menjadi kebiasaan mana-mana negara dunia.

“Kita perlu jaga negara kita. Kita tidak perlu membenarkan orang asing seperti dari China, Indonesia dan India dibawa masuk kita sewajarnya tidak senang hati dengan kemasukan mereka.

“Pelaburan Langsung Asing(FDI) bermula di Pulau Pinang- maknanya membawa modal dan teknologi dari luar negara untuk dirikan kilang dan mengambil pekerja dan pengurus tempatan.Ini yang dilakukan oleh pemimpin kita masa lalu.

” Penang berkembang kerana pelaburan asing. Kita alukan kemasukan Foregin Direct Invesment ini,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir lagi, pelaburan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak membawa modal dana teknologi sebaliknya, dakwanya, untuk membawa masuk wang dan membayar hutan 1MDB dengan menjual hartanah di negara ini dalam beberapa projek pelaburan dari China.

“Melihat negara China itu kaya, Najib berhajat untuk jual negara keppada negara Cina supaya dapat bayar hutang. Jika kita benarkan dia jadi pemimpin negara maka lebih banyak lagi wilayah kita dijual ke negara China akhirnya kita tidak ada lagi negara malaysia.

“kita akan jadi puak yang miskin kerana negara akan dimiliki oleh orang asing- tidak cukup dengan mencuri dan menjual negara kepada orang asing,” ujarnya.

Turut hadir dalam siri ceramah Pakatan Harapan itu antaranya Naib Presiden Amanah Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

 

TAGS