Malaysia Dateline

Rakyat rindu zaman BN?

Ya Mas, ” kami” kangan sekali denganmu dan Parti Mengarut SeMalaya mu Mas.

Berkemungkinan besar, jika di negara yang tinggi darjat atau nilai maruahnya (walaupun rakyatnya dianggap tak suci), atau tinggi prinsip demokrasinya serta rule of lawnya orang macam dia seorang ini tidak dapat merasai macam mana yang dia sedang rasai sekarang

Mungkin kot orang macam dia ini sepatutnya sedang berada di tempat yang orang macam dia sepatutnya berada kot yang depa panggil PENJARA!

Apapun, dia habaq rakyat RINDU kat BN dan mungkin rakyat paling rindu kat dia dan isteri dia kot.

Mungkin juga dia betul sebab mungkin juga rakyat terlalu rindu bagaimana dia kendalikan dengan cemerlang 1MDB hingga ada rakyat yang misalnya:

  • memiliki kapal mewah EQUANIMITY ( kebetulan saya pernah berpeluang “tour” di dalamnya. Tu dia…ada macam-macam yang anda mimpikan berada di sebuah kapal yang mewah)
  • jet mewah dan mahal,
  • pengsapuri mewah di luar negara,
  • lukisan-lukisan mahal karya pelukis seperti van Gough
  • aneka beg tangan mewah seperti Birkin, Prada dan lain-lain.
  • cincin berlian dan lain-lain.

hingga nama negara ini juga harum seharum harumnya di seantareo planet bumi.

Mungkin juga masa filem Hollywood yang ada nama serigala (Wolf) – meratah wang rakyat melalui IMDB itu- meraih anugerah.

Ramai kot rakyat Malaysia juga dapat pi ke Hollywood secara rombongan dengan depa naik jet sewa tu dan lepas tu makcik-makcik bertudung merah dan hijau pi berfoto sakan kot dengan Leonardo Dicaprio.

Yup, rakyat rindu kot seperti lagu-lagu ini:

?Rindu oh sungguh Rindu…?

??Rinduuuuuuuu ohhhhh rindu serindu serindunya??