Rakyat Sarawak akan tolak Bersatu, kata Ahmad Zahid

Rakyat Sarawak akan tolak Bersatu, kata Ahmad Zahid

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin rakyat Sarawak menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilancarkan di negeri itu.

Menurutnya, di Sarawak, rakyat negeri itu hanya memilih parti politik yang menjaga kepentingan Sarawak.

“Orang Sarawak berlainan dari segi cita rasa. Kami yakin rakyat Sarawak akan menolak kehadiran parti-parti lain,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Senator Barisan Nasional  di Kuala Lumpur.

Bersatu Sarawak dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Bintulu pada Sabtu.

Umno sebelum ini kata Zahid, tidak mengambil langkah menyeberang ke Sarawak sebelum ini bagi menghormati kehendak peribumi Sarawak.

Tun Dr Mahathir Mohamad bersa barisan kepimpinan tertinggi Bersatu ketika melancarkan Bersatu Sarawak di Bintulu.

Dr Mahathir ketika berucap pada majlis pelancaran Bersatu di Dewan Suarah Bintulu, dipetik berkata, Bersatu akan menerima bukan pribumi ke dalam parti itu meskipun mereka tidak akan diberi peranan yang besar.

Dengan ini Bersatu melengkapkan keanggotaan Pakatan Harapan di Sarawak yang sebelum ini hanya dianggotai DAP, PKR dan AMANAH.

Perdana Menteri menegaskan alasan mengapa Bersatu hanya untuk pribumi adalah kerana hanya pribumi dapat berjuang untuk pribumi.

Namun, jelasnya Bersatu tidak akan menentang bukan pribumi.