Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat Sarawak ingkar Kawalan Pergerakan diambil tindakan
"Restoran dan kedai makan masih lagi boleh dibuka tetapi orang ramai tidak dibenarkan untuk makan dan minum di dalam premis tersebut, hanya bawa balik (take away) sahaja," tambahnya lagi.

Rakyat Sarawak ingkar Kawalan Pergerakan diambil tindakan

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 20, 2020 8:20 am




Kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, yang berkuatkuasa semalam sehingga 31 Mac 2020.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pihak yang didapati melanggar perintah berkenaan bakal dikenakan denda dan penjara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta Polis 1967.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) di Wisma Bapa di Kuching malam tadi.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, kata beliau, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menutup pejabat-pejabat agensi kerajaan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

“Restoran dan kedai makan masih lagi boleh dibuka tetapi orang ramai tidak dibenarkan untuk makan dan minum di dalam premis tersebut, hanya bawa balik (take away) sahaja,” tambahnya lagi.

Abang Johari turut berkata, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang penting sahaja sepanjang 14 hari ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Muhyiddin anggap impak PKP terhadap ekonomi masih terkawal

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production