Rakyat Sarawak juga bantah GST, kata Adun Padungan

Rakyat Sarawak juga bantah GST, kata Adun Padungan

Adun Padungan, Sarawak, Wong King Wei yakin rakyat Sarawak akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi kerana mereka juga menolak GST.

“Rakyat Sarawak akan tolak BN di Sarawak kerana mereja juga menolak GST,” katanya ketika berucap di perhimpunan Mansuhkan GST di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau datang ke Dataran Merdeka ketika Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri bagi membantah GST.

Ini kerana, rakyat Sarawak juga menghadapi masalah yang sama dengan Semenanjung iaitu GST.

Walaupun mereka selesa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Adnan Satem tetapi mereka sangat tidak senang dengan Najib yang memerintah Malaysia.

Bagi Wong memberi undi kepada Adnan bermakna memberi undi kepada Najib untuk terus kekal memerintah Malaysia dan GST akan terus kekal.

Pasukan Dapsy yang bertolak dari Jalan Sultan mula tiba di Dataran Merdeka jam 2.48 petang.

Mereka bergerak dari jalan Sultan menuju ke jalan Hang Kasturi melalui jalan Petaling ke Leboh Ampang  dan berakhir di jalan Tun Perak di Dataran Merdeka.

Seramai 2000 penyokong tidak henti-henti melaungkan “Undur Najib Undur Rosmah, Bebas Anwar Hancur GST, Guling BN dan Reformasi” bergema sepanjang laluan.

TAGS