Rakyat Sarawak sambut baik kehadiran Amanah

Rakyat Sarawak sambut baik kehadiran Amanah

Parti Amanah dilihat mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) yang sedang berlangsung.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kabong malam tadi misalnya, lebih 300 penduduk setempat mendengar ceramah penerangan Amanah dan kempen untuk calon, Jini Sahini.Ceramah penerangan dan kempen calon Amanah di Dun Kabong malam tadi menerima sambutan menggalakkan

Ceramah yang menampilkan Ketua Amanah Parlimen Sik, Leman Raja Lawan; penyanyi Aisyah yang kini Pengerusi Awan Parlimen Batu serta Pengerusi Awan Kedah, Dr Rohani di kerusi baharu itu dilihat petunjuk positif kepada kewujudan Amanah di pentas demokrasi yang berdepan calon BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Di pekan Kabong itu, Aisyah turut mendendangkan dua lagu berjudul ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ dan ‘Bahtera Merdeka’.

Sementara itu di N.42 Semop, calon Amanah, Fadillah Sabali dikatakan menggalas cabaran yang tinggi apabila bertanding di kawasan yang dianggap kubu kuat PBB.

Menurut sumber, keadaan berkenaan menyebabkan Pas, PKR mahupun Dap enggan menuntut kerusi itu memandangkan ketiadaan ahli, penyokong, cawangan atau ranting parti masing-masing.

Calon Amanah Fadillah Sabali diterima baik penduduk tempatanNamun, masyarakat setempat yang mempunyai seramai 9,617 pengundi itu tetap menyambut baik kehadiran Fadillah dn jentera pilihan raya Amanah termasuk kempen dari rumah ke rumah.

PRN11 mencatatkan sejarah tersendiri kepada Amanah apabila pertama kali menyertai pilihan raya dengan meletakkan 13 calon bertanding yang kesemuanya terdiri daripada anak tempatan.

Sebanyak tujuh kerusi yang disertai Amanah menyaksikan pertandingan tiga penjuru manakala satu lagi di N.24 Sadong Jaya melibatkan perebutan empat penjuru antara BN-PBB, Pas dan calon Bebas.

Selain Dun Sadong Jaya, Amanah juga pada masa sama bakal berentap dengan Pas di empat kerusi lain iaitu N.07 Samariang, N.16 Muara Ruang, N.27 Sebuyau dan N.29 Beting Maro.

TAGS