Rakyat Sik Careline mengundang sebuah keluarga dari Singapura  salur bantuan

Rakyat Sik Careline mengundang sebuah keluarga dari Singapura salur bantuan

Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik menerima kunjungan sebuah keluarga dari Singapura untuk dibawa meninjau kehidupan rakyat miskin  dan menyampaikan sumbangan di pejabat Operasi Amanah Sik semalam.

Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik menerima kunjungan sebuah keluarga dari Singapura untuk dibawa meninjau kehidupan rakyat miskin dan menyampaikan sumbangan di pejabat Operasi Amanah Sik semalam.

Ketuanya Sulaiman Ibrahim berkata, pasangan suami isteri yang datang bersama anaknya itu diberikan penerangan mengenai “kebajikan” menurut Syariat Islam dan menghuraikan maksud “mengislahkan kehidupan rakyat Sik”.

“Alhamdulilah, beliau dapat memahaminya kerana soal pembangunan insan dan kebajikan ini  tentunya tanpa mengira agama dan bangsa,” ujarnya.

Turut bersama Ketua Wanita Muda Parti Amanah Negara Kawasan Sik Cik Munirah Redzuan bersama Setiausaha Biro Komunikasi Amanah Kawasan Sik Cik Nazirah.

Sebanyak enam buah keluarga dibawa melawat diantaranya tiga keluarga dari bangsa Siam dan tiga keluarga dari bangsa Melayu.

Perbincangan jangka masa panjang untuk cara mengeluarkan mereka keluar dari masalah kemiskinan berlangsung selama sejam semalam sebelum beliau berangkat pulang.

Menjelang Mac depan mereka akan datang semula sekali lagi bersama kumpulan dari luar negara bagi membuat lawatan susulan kepada rakyat miskin di sini.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kepada rakyat miskin di Sik boleh meghubungi ‘Rakyat Sik Careline’ ditalian 017-4867577.

k

 

TAGS