Malaysia Dateline

Rakyat Syria rayakan ulang tahun bebasnya Aleppo dari Daesh

Rakyat Syria di bandar Aleppo merayakan ulang tahun pembebasan bandar bersejarah itu daripada militan Daesh pada Jumaat, 22 Dis lalu.

Pada acara peringatan tersebut, turut hadir beberapa wakil pemerintah kerajaan Bashar Al Assad.

Ribuan penduduk bandar Aleppo merayakan ulang tahun pembebasan bandar itu dengan keluar ke jalanraya sambil membawa bendera Syria dan poster-poster pejuang Syria yang gugur dalam operasi pembebasan Aleppo.

Mereka turut membawa poster Presiden Bashar Al Assad.