Malaysia Dateline

Rakyat tetap bersama DAP, kata MP Stampin

Walaupun adegan melompat parti dan pengkhianatan telah menjadi norma baru dalam politik Malaysia, namun ramai rakyat di negara ini masih menghargai integriti dan prinsip ketegasan dalam parti di kalangan ahli politik yang mengamalnya.

Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata, ini terbukti apabila Demokratic Action Party (DAP) Parlimen Stampin telah menerima lebih 100 permohonan keahlian baharu dari sebuah kampung kecil di kawasan berkenaan untuk menubuhkan cawangan.

“Saya bertanya kepada mereka (ahli baharu) mengapa memilih DAP ketika kita digulingkan sebagai pemerintah, jawapannya sangat menggalakkan.

“Mereka mengatakan lebih suka parti yang berprinsip dan tidak akan mengkhianati rakyat,” ujarnya ketika menerima borang keahlian menyertai DAP daripada penduduk di kawasan Stampin baru-baru ini.

Chong menegaskan, dalam beberapa bulan kemelut politik, DAP menonjol sebagai sebuah parti yang amat berdisiplin dan berprinsip demi memperjuangkan hak-hak rakyat.

“Walaupun ahli politik mungkin mempunyai pandangan lain tetapi rakyat biasa menghargai kebajikan tersebut.

“Tidak diragukan lagi, dalam keseluruhan kisah ‘Sheraton Move’ dan kekacauan politik selama beberapa bulan berikutnya, semua 42 Ahli Parlimen DAP berdiri teguh dengan Pakatan Harapan (PH) dan mempertahankan mandat rakyat.

“Justeru, tidak seorang pun Ahli Parlimen dari DAP mengkhianati kepercayaan rakyat dengan di tengah-tengah semua pesta dan pengkhianatan, terdapat ada yang berusaha membenarkan pengkhianatan itu dan tidak berintegriti.

“Pengkhianatan adalah pengkhianatan, tidak ada kata-kata yang bagus yang dapat memperindah atau membenarkan keburukan pengkhianatan,” tegas beliau.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin politik dapat mengkhianati kepercayaan dan suara rakyat, maka dia boleh menjual apa sahaja untuk keuntungan peribadi.

“Sehubungan itu, kepada ahli baharu, saya menekankan bahawa integriti, prinsip dan disiplin adalah tonggak utama DAP dan itulah yang kita harapkan daripada semua anggota.

“Dengan menegakkan kebajikan ini dengan tegas, rakyat akan terus mempercayai DAP walaupun betapa kotor dan keruhnya parti dan ahli politik lain di negara ini,” ujarnya lagi.