Malaysia Dateline

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Walaupun Ordinan Darurat memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk menguruskan pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan, tetapi rakyat tidak mahu melihat tindakan yang mampu menghakis sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selepas menghadiri sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara.

Jelas beliau, kuasa eksekutif Menteri Besar mahupun Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan dan tidak dijejaskan oleh proklamasi darurat.

“Namun begitu, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang sehinggalah suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri terbabit.

” Keperluan bagi mengisytiharkan darurat juga haruslah dilihat sebagai suatu keperluan untuk menilai semula strategi.

” Ia jua untuk meltihat bagaimana pendekatan yang digunakan sepanjang masa kini apakala ia belum dapat membebaskan negara dan rakyat negara ini dari ancaman virus Covid-19 tersebut,” ujar Chow lagi.