Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat tolak Umno, Pas tetapi GPS tetap terima, kata DAP Sarawak

Rakyat tolak Umno, Pas tetapi GPS tetap terima, kata DAP Sarawak

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 8, 2020 1:39 pm




Parti Democratic Action (DAP) Sarawak mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS)sanggup lakukan apa sahaja demi ‘survival’ politik mereka walaupun terpaksa bekerjasama dengan Umno dan Pas dalam membentuk kerajaan ‘pintu belakang’.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, GPS telah mengkhianati kehendak rakyat apabila menerima Umno dan Pas yang sememangnya ditolak rakyat di negeri ini dalam usaha menyingkirkan DAP di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH).

Katanya, tindakan GPS itu telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin mereka adalah ‘cakap tak serupa bikin’ yang melaung-laungkan tidak mahu bekerjasama dengan parti dari Semenanjung ketika era Kerajaan PH lalu.

“Kita bermati-mati memperjuangkan hak rakyat menolak kerajaan kleptrokasi di bawah BN, tetapi GPS tetap mahu menerima mereka kembali.

“GPS cuba menafikan tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional iaitu Umno, pecahan Bersatu dan PKR termasuk MCA dan MIC tetapi adalah jelas mereka adalah kawan lama sebelum ini dalam kerajaan.

“Tetapi sebaik PH berjaya menjadi Kerajaan Pusat, GPS mengambil langkah keluar daripada BN dan membentuk blok sendiri atas alasan tidak mahu bersekongkol dengan Umno,” tegas Chong.

Chong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di Kuching malam tadi.

Turut hadir ialah Setiausaha DAP Malaysia, Lim Guang Eng, Pengerusi AMANAH Sarawak, Abang Halil Abang Naili, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) DAP Sarawak dan seramai 1,000 ahli DAP di sekitar Kuching.

Chong menegaskan, beliau yakin bahawa rakyat Sarawak terdiri pelbagai kaum iaitu Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Cina dan Orang Ulu akan menghukum GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 nanti.

Tambahnya, tindak-tanduk GPS yang hanya mementingkan kuasa dalam politik tidak disenangi rakyat di negeri ini lebih-lebih lagi bersekongkol dengan Pas yang sebelum ini tetap gagal meraih sebarang kerusi di Sarawak.

“Kepada rakyat Sarawak, marilah kita bersama-sama menolak parti-parti yang korup ini kerana mereka hanya pentingkan kuasa sahaja untuk diri sendiri.

“Mereka sanggup kuburkan mandat yang dipilih rakyat kerana untuk kekal berkuasa…bersama-samalah kita bangkit selepas ini bagi mengembalikan hak kita sebagai rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang sah dan bukannya melalui pintu belakang,” ujar Chong lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production