Rakyat Turki memang luar biasa, kata Dr. Hatta

Rakyat Turki memang luar biasa, kata Dr. Hatta

Kejayaan rakyat dan kerajaan Turki yang menggagalkan rampasan kuasa segelintir tentera semalam memang detik sejarah dunia yang luar biasa, kata pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr. Mohamad Hatta Ramli.

Kejayaan rakyat dan kerajaan Turki yang menggagalkan rampasan kuasa segelintir tentera semalam memang detik sejarah dunia yang luar biasa, kata pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah), Dr. Mohamad Hatta Ramli.

“Saya hampir gagal pejamkan mata bila mula mendapat berita tragedi rampasan kuasa,” kata beliau ketika ditemui di majlis hari raya Amanah Kuala Krai di kampung Pahi.

Menurutnya berita awal memang merimaskan apabila pusat-pusat berita antarabangsa memberi gambaran lokasi-lokasi strategik Turki telah dikuasai perampas kuasa.

“Dengan gambaran presiden sedang bercuti di luar kota, keadaan pula dikatakan memihak pihak tentera yang melakukan kudeta,” katanya.

Apa yang tidak disangka katanya ialah sokongan luarbiasa rakyat apabila diseru pemimpin untuk keluar menyatakan sokongan kepada kerajaan dipilih secara demokrasi.

“Hampir di semua lokasi penting seluruh negara, rakyat keluar berpusu-pusu menyatakan bantahan terhadap cubaan kudeta,” katanya.

Suasana ini katanya mengingatkan kita kepada suasana Revolusi Khomeini di Iran dan Arab Spring di beberapa negara timur tengah beberapa tahun lalu.

Ketua Amanah Kuala Krai Ustaz Roslan Abdul RahmanSementara itu Dr. Hatta yang meraikan tetamu di majlis hari raya Amanah yang diadakan di cawangan Amanah Pahi mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung sama ada dari kawasan berkenaan atau yang datang dari kawasan lain seluruh Kelantan.

Turut meraikan tetamu ialah Ketua Amanah kawasan Jeli, Ustaz Roslan Abdul Rahman.

TAGS