Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rakyat wajar tolak pengkhianat dan kerajaan pintu belakang

Rakyat wajar tolak pengkhianat dan kerajaan pintu belakang

MOHD ALI HASHIMFebruary 25, 2020 12:54 pm




Dalam tempoh 48 jam rakyat Malaysia berdepan dengan suatu suasana politik yang benar-benar menyesakkan dan menjijikkan daripada permainan politik kotor dilakukan oleh para pengkhianat yang mengutamakan kepentingan peribadi hingga sanggup bertindak menggugat kestabilan politik, ekonomi rakyat dan negara.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa.

Jelasnya, usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mewujudkan kerajaan ‘pintu belakang’ membuktikan inilah sikap desperado, jijik dan kotor oleh mereka yang tidak bertanggungjawab termasuk yang menangguk di air keruh demi kepentingan politik mereka.

“Jingga 13 Malaysia benar-benar kecewa dan terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sanggup berpaling tadah meninggalkan PH serta kelompok yang sanggup menggadaikan prinsip dan maruah demi kepentingan kedudukan dan kuasa secara jijik serta sanggup bersekongkol dengan para pengkhianat, perompak dan penyamun serta penjual agama.

“Kami merasa benar-benar terharu dengan prinsip dan tindakan yang dipertahankan oleh Tun Mahathir yang sanggup meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu daripada bersekongkol bersama Umno dan Pas serta gerakan pengkhianatan yang dipimpin oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“Penghargaan setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua parti komponen PH (PKR, Amanah, Dap) serta Warisan dan Gabungan Parti Sarawak yang telah bertindak menyokong pelantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri demi kepentingan rakyat dan negara, kestabilan politik dan ekonomi agar keluar dari polemik maupun krisis yang sedang melanda negara, ” ujarnya.

Tambah Fariz lagi, keputusan DYMM Yang DiPertuan Agong melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sehingga pelantikan Perdana Menteri yang baru telah meredakan kepanasan politik dan kegelisahan rakyat.

Sejajar dengan itu katanya, Jingga 13 Malaysia menyeru seluruh rakyat negara ini menolak para pengkhianat serta usaha pembentukan kerajaan ‘pintu belakang’ oleh gerakan politik kotor dan jijik yang mengutamakan kepentingan politik dan kuasa peribadi daripada kepentingan rakyat dan negara.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production