Ramadan bulan penyucian jiwa

Ramadan bulan penyucian jiwa

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Ramadan adalah bulan yang penuh barakah dan rahmah. Bulan penyucian jiwa, peluang untuk kita mendapatkan keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Rebutlah peluang Ramadan ini dengan berlumba-lumba membuat kebaikan. Hadirnya Ramadan adalah peluang buat kita mendidik diri menjadi seorang insan yang bertakwa.

Ramadan kali ini disambut sewaktu negara menghadapi kemelut ekonomi yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang amat membebankan. Maka semarakkanlah amalan bersedekah dan beramal-jariah kepada golongan yang memerlukan. Namun pembaziran harus dielakkan.

Ramadan juga merupakan bulan Al-Quran Al-Karim diwahyukan. Tingkatkanlah pembacaan dan penelaahan Al-Quran. Kembalikanlah peranan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita.

Semoga di penghujung bulan yang penuh barakah ini kita akan menjadi insan yang lebih beriman lagi bertakwa. Insan yang mengajukan kepada kebaikan dan menegakkan keadilan.

Akhir kalam, saya mewakili saf kepimpinan serta keluarga besar Keadilan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
1 Ramadan 1438

COMMENTS

Wordpress (0)