Malaysia Dateline

Ramadan dah dekat, ini cara buat sambal bilis garing pembuka selera bersahur

Sikit masa sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan puasa atau Ramadan.

Soal berbuka tidak menjadi masalah kepada mereka yang berpuasa, semua berselera kerana seharian tidak makan dan tidak minum.

Tetapi berlainan pula dengan episod bersahur di mana rata-rata agak suka untuk bersahur waktu dinihari kerana kurang berselera dan hanya menjamah sedikit sahaja makanan seperti kurma itupun sebagai mangambil sunah.

Sebenarnya ramai yang bersahur awal sebelum melelapkan mata msialnya jam 1.00 atau 2.00 pagi.

Bila bersahur kadang-kadang tekak pun tidak berselera hendak makan. Maklumlah, bangun-bangun tidur kena alas perut buat bekal berpuasa.

Bagi yang selalu kurang berselera makan sahur atau mahu jimat masa memasak pagi-pagi, mungkin boleh menyediakan juadah ini siap-siap sebelum menjelang Ramadan. Menu ini boleh juga dijadikan juadah sampingan masa berbuka puasa.

Oleh itu, melalui grup Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), pengguna akaun CikAyu Masfaliza Ab Jaafer ini berkongsi resepi sambal bilis garing, sesuai untuk seisi keluarga.

Inilah caranya, ia pasti membuatkan anda berselera ketika bersahur bersama nasi putih yang masih panas ;

1. Goreng bilis garing-garing
2. Buang biji, basuh dan jemurkan cili sehingga betul-betul kering boleh campurkan cili kering dengan cili kering jenis besar untuk kurangkan pedas cili.

3. Gorengkan cili dengan sedikit minyak menggunakan api yang kecil. Goreng sehingga cili menjadi rapuh dan garing.

4. Masukkan cili ke dalam food processor dengan sedikit gula halus.

5. Panaskan minyak dan masukkan kiub pati ikan bilis Adabi. Tunggu sehingga kiub hancur dan berbuih-buih. Tutupkan api, agak-agak dah sejuk sedikit minyak, masukkan cili kisar tadi. Hidupkan api tapi kecil ye. Kerap alih-alih dikhuatiri cili akan hangus.

6. Taburkan sedikit perisa Hilal dalam sambal kita.

7. Bila sambal dah betul-betul sejuk, gaulkan dengan ikan bilis kita tadi. Gaul sampai rata.

8. Masukkan pula bawang putih crispy, bawang putih ni jadi pelemak sambal garing kita.

9 Dah siap8230masukkan ke dalam bekas kedap udara Bila nak makan gunakan sudu kering dan tutup rapat selepas dibuka InsyaAllah tahan lama

Cubalah pasti selera ada terbuka di waktu bersahur. Selamat menyambut Ramadan dan selamat bersahur!