Ramadan Kareem

Ramadan Kareem

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

RAMADHAN KAREEM

Di tengah hening malam Ramadhan Kareem
Aku terkenang Madinah bandar Rasul
Penuh cahaya bergemarlapan
Yang dibina dari keringat dan air mata
Bagaikan kilauan mutiara di malam purnama
Tidak sedar airmataku mengalir menyaksikannya.

Ramadhan kareem

Kutulis puisi ini untuk merakamkan
Rasa cinta kasih sedalam-dalamnya
Kepadamu ya Rasul pemimpin umat
Masjidmu yang penuh sejarah seolah-olah berkata
Di sinilah Rasul dan para sahabat memancarkan Islam
Menebarkannya ke seluruh alam.

Aku seperti terdengar
Engkau berkata dengan penuh kasih sayang
Selamat datang umatku selamat datang umatku
Kasihmu kepada umat seperti air mengalir dari gunung
Bersih, jernih dan tenang tidak putus-putusnya.

 

Si Raudhatul Jannah aku berdiri di makammu
Seperti tidak mahu beredari dari situ
Terkenang pwejuanganmu, kepimpinanmu,
Jihadmu, tarbiyah dan dakwahmu
Bagai arus mengalir dan mengalir
Ke seluruh alam sepaanjang zaman.

Azan yang berkumandang
Di malam Ramadhan di masjidmu
Mengingatkan aku Bilal Ibnu Rabah
Insan berkulit hitam bersuara merdu
Bilal yang sedar dan tabah menjadi sahabat karibmu.

Dan aku juga terbayangkan
Engku menyampaikan pesan dimimbarmu
Supaya umat ini mempertahankan Islam
Dengan nyawa dan harta
Jangan menyerah kalah
Kerana umat ini pewarisnya hingga akhir zaman.

Bukanlah lapar dan dahaga yang menjadi derita umat
Tetapi kejahilan dan dorongan nafsu serakah
Menewaskan mereka
Ya Rasul, kami menyahut amanatmu
Gemerlapan purnama di langit Madinah
Menjadi saksi.

Ya Rasul junjungan mulia
Kami memohon shafaatmu.

Abd Shukur Harun
Subang Jaya.

TAGS